Friday, February 10, 2012

HARI YANG GEMILANG

Setiap hari adalah hari yang gemilang bergantung kepada persepsi kita sendiri bagaimana kita memandang setiap kejadian yang berlaku kepada kita atau di sekeliling kita. Memandang dengan PoSiTiF lebih menjuruskan kita membuka minda dan memberi tanggapan dari sudut yang berbeza. Berbahagialah sekiranya kita sentiasa mampu  menerima sesuatu dengan  PoSiTiF  dan  berbaik sangka. Kita akan dapati bahawa tiada apa pun di dunia ini dapat mencalarkan kita kerana kecintaan terhadapNya.  Selamat menjalani kehidupan gemilang setiap hari.